kenapa anda+saya perlu enjet (HPV) penting kee????? arghhh takut jarumm !!
(HPV) hanya untuk wanita yang berumur 18TAHUN.. oke 18tahun.. bagi mencegah kanser servik/pangkal rahim .. kedngran agak series jugak nie ! OMG ...
Human Papillomavirus (HPV)
--> HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.
--> setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV.
-->kanser servik terjadi sekurang-kurangnya 10tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jankitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks/pangkal rahim.
Kanser Serviks
Di malaysia kanser serviks ialah kanser ketiga paling kerap dihadapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.
Mengikut Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007,kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.
Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks,ujian Pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.
Dos
1. TARIKH VAKSINASI PERTAMA DIBERIKAN
2. 1 BULAN SELEPAS SUNTIKAN PERTAMA
3. 6 BULAN SELEPAS SUNTIKAN PERTAMA
--> Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan (^__^)
Kesan Sampingan !!!
- vaksinasi ini adalah selamat.
--> Jawatankuasa Penasihat Sedunia Untuk Keselamatan Vaksin,Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membuat kesimpulan bahawa vaksin HPV mempunyai profil keselamatan yang baik. *
- seperti vaksinasi lain,anda mungkin mengalami sedikit kesakitan,bengkak,atau kemerahan di tempat suntikan.
- demam,pening kepala,loya atau muntah
- sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan,sila dapatkan rawatan susulan klinik atau hospital yang berhampiran.
---> cepat-cepat lah yee pada siapa yang belum buat suntikan ini lagii .. chill !
PUBLISH